DEFINASI MELAYU PERKARA 160(2)

definisi melayu

di dalam perlembagaan malaysia di bawah artikel 160 (2), orang melayu ditakrifkan sebagai
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian
Atau dengan lebih mudah, seseorang melayu itu perlu menepati kriteria dibawah :
1) Menganuti agama Islam,
2) Lazim bercakap bahasa Melayu,
3) Menurut adat Melayu.
4) Zuriat atau keturunan

taksiran secara kasar ini membawa maksud seseorang melayu itu, boleh di panggil melayu jika mereka bergama islam. jika berkahwin dengan bangsa lain, jika anak mereka beragama islam, bercakap dalam bahasa melayu dan mengamalkan cara hidup melayu maka anak itu melayu. mungkin sebab itulah jabatan pendaftaran negara meletakkan kaum melayu itu sebagai melayu jika mereka bergama islam. jika mereka memohon untuk bertukar agama sekali pun, mahkamah sukar menerima kerana tidak dapat menetapkan kaum apakah mereka itu sekiranya mereka telah keluar dari islam.
Tetapi, dari mana perkataan melayu itu timbul..sejarawan masih belum dapat menjelaskan dengan terpinci/tepat bagaimana perkataan melayu itu muncul..ada jenaka mengatakan melayu itu berasal daripada perkataan layu yang membawa pengertian sebagai kaum yg tidak cergas/berwibawa/malas. terlalu sinikal..tetapi beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul melayu itu dengan :
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, itu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Esmee bin Mat Isa
Gerakan BIru Abata

Comments

Popular posts from this blog

ZAIRIL CUMA ANAK TIRI IKHLAS DR GERAKAN ABATA BERANI KERANA BENAR

ZAIRIL HARUS BUKTIKAN SIAPA BELIAU SEBENAR DAN JPN PERLU KELUARKAN KENYATAAN SIAPAKAH SEBENARNYA ZAIRIL