Posts

Showing posts from June, 2017

SUMPAH SETIA GERAKAN BIRU ABATA

Image
Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun,  kami Gerakan Biru Abata adalah rakyat raja yang setia mempertahankan kedaulatan dan keunggulan ketuanan Melayu,  Raja dan Rakyat berpisah tiada,  Rajalah empunya tanah rakyat jelata ini. Mempertahankan ketuanan Melayu adalah tanggungjawab setiap umat Melayu. Menentang Malaysian Malaysia adalah Fisabilillah kerana penghapusan perbezaan kaum bumi dan non bumi akan menyebabkan ketuanan Melayu di jatuhkan. Kekalkan BN demi Agama Bangsa dan Tanah Air Ikhlas Esmee Mat Isa ketua Penerangan dan sosial Politik UMNO Kg Baru Sungai Buluh Subang Selangor Pengasas Gerakan Biru Abata. Kami rakyat Raja setia hingga akhir nyawa. Daulat Tunku. Ini Sumpah Setia kami. Tiada Perjuangan Tanpa Pengorbanan Tiada Kemenangan Tanpa Penderitaan Pengaruh Bukan Wang tapi Keikhlasan INILAH PERJUANGAN ABATA

Tun Mahathir Punca Segala Masalah dan perbezaan ketara ekonomi antara kaum

Image
Wahai umat Melayu dan kaum bumiputera apa yang berlaku hari ini adalah salah Tun Mahathir bin Mohamad dasar beliau dahulu menyebabkan kaum kita tertinggal ke belakang. Semasa Tun M memerintah Malaysia beliau lebih mengutamakan pujian di mata dunia dan sanggup menipu umat Melayu yang mana ketika mula pemerintahnya rakyat Malaysia baru berjumlah 15 juta org separuh dari yang ada hari ini iaitu 32 juta mengikut bancian akhir tahun 2016. Tun M telah berjaya menjadi bapa yg berjaya saudara yang mulia dan kawan kroni yang berjasa. Mengapa?  Ini jawapan saya beliau telah berjaya kayakan anak anaknya,  saudara maranya malah Kroninya yang kebanyakkannya bukan dr kalangan kaum bumiputera manakala  kaum bumiputera di sumbat ke dalam jabatan jabatan kerajaan dengan gaji cukup makan sahaja tidak mampu walau ingin membeli sebuah kereta kerana kebanyakannya hanya bertaraf pejawat awan rendah dengan gaji bawah taraf sebenar. Sistem beliau yang mengutamakan pembangunan tanpa memikirkan kesan mas