Asalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera

Kes Adam Rosly yang viral di media dan Facebook berkenaan pendakwaan kes rasuah telah mengembarkan dunia Politik tanah air. Bagaimana seorang Ketua Pemuda Bahagian mampu memiliki harta yang di luar kemampuan rakyat biasa dan dengan usia yang muda iaitu baru berusia 28 tahun beliau mampu mengumpul harta yang begitu banyak cukup saya kagumi selama ini.

Rupa rupanya Ahmad Albab punya harta, dengan bukti yang cukup lengkap, Ketua beliau Azmin Ali masih cuba membela Adam dengan mengeluarkan kenyataan biasa iaitu Adam belum di jatuhkan hukuman oleh Mahkamah dan cuba mengubah cerita kononnya kes politik. Inilah rakyat Malaysia kena sedar bahawa Pembangkang Malaysia kerap kali cuba memutar belit fakta dengan menjadikan kedudukan mereka sebagai pembangkang sebagai alasan untuk mereka melepaskan diri dari kesalahan dan masyarakat. Satu tindakan yang memalukan sebenarnya.

Saya ingin menceritakan bagaimana kes di bawa ke Mahkamah, ini pengalaman saya sebagai seorg penyiasat suatu masa dahulu di dalam TLDM dari Cawangan Siasatan Khas atau CSK ATM. sebelum kes di dakwa pegawai penyiasat atau IO akan membuat siasatan yang lengkap serta mula menyita dokumen dokumen, harta boleh alih seperti kenderaan dan sebagainya. Kes kes yang di bawa ke Mahkamah adalah kes kes yang telah di buktikan kesalahannya dan ada kes untuk di jawab. Jadi dalam kes adam ini memang terbukti beliau memiliki Istana Mewah, kereta kereta mewah dan telah pun di sita oleh SPRM sebagai Eksibit.

Cuma ini Malaysia yang penuh dengan keadilan dan kehormatan yang tinggi kepada rakyatnya setiap kes di bawa ke Mahkamah dan orang kena dakwa (OKT) di benarkan mengambil peguam belanya.

Peguam Bela di dalam Mahkamah hakikatnya cuba mencari kesilapan teknikal pendakwaan dan kelemahan pegawai penyiasat dan saksi saksi kes serta cuba menggunakan kesilapan kecil seperti jarak masa dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk menimbulkan keraguan kepada kes dan menyebabkan kes di gugurkan.

Itu serba sedikit dari pengalaman saya sebagai penyiasat selama 16 tahun dalam ATM. Semoga dengan apa yang saya ceritakan ini dapat membuka hati rakyat menilai sendiri dan tidak percaya bulat bulat kepada Menteri Besar Selangor yang cuba menutup kemarahan rakyat dengan cubaan cubaan menjadikan mereka sebagai pembangkang sebagai baju kebal dan juga cuba menuduh kerajaan Barisan Nasional melakukan provokasi Politik.

#RampasSelangor
#RespectMyAbata

Sekian terima kasih

Esmee bin Mat Isa
Admin
Gerakan Biru Abata

Comments

Popular posts from this blog

DEFINASI MELAYU PERKARA 160(2)

ZAIRIL CUMA ANAK TIRI IKHLAS DR GERAKAN ABATA BERANI KERANA BENAR

ZAIRIL HARUS BUKTIKAN SIAPA BELIAU SEBENAR DAN JPN PERLU KELUARKAN KENYATAAN SIAPAKAH SEBENARNYA ZAIRIL