Asalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia.

Apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah punca sebenar Tun Mahathir meninggalkan persaraannya dan kembali aktif dalam politik sejak bersara pada tahun 2003. Ini pandangan saya hasil dari kajian kajian saya sendiri.

Punca utama ialah kegagalan Mukriz menjadi Mahathir baru Malaysia adalah punca utama Tun Mahathir kembali aktif dalam politik. Pada permulaannya Tun M menggunakan kaedah dan resepi sejak puluhan tahun dahulu iaitu kambing hitamkan Perdana Menteri dan lahirkan satu boneka untuk mengambil alih kerajaan dan menggunakan veto untuk membawa naik anaknya Mukriz sebagai Tim Perdana Menteri dan membuat satu perjanjian cukup masa Perdana Menteri baru tersebut perlu melepaskan jawatannya kepada Mukriz maka bermulalah era Mahathir 11.

Tetapi Tun telah sedar keupayaan Mukriz terlampau lemah dan Mukriz juga tidak dapat membina pengaruhnya sendiri dalam kelompok ahli UMNO dan juga rakyat Malaysia. Ini adalah fakta dan kita rujuk semula kekalahan kepada Kj bagi jawatan Ketua Pemuda, kekalahan kepada Dato Seri Hishamuddin bagi jawatan N/Prez UMNO adalah bukti kelemahan Mukriz Mahathir yang tiada satu satunya keperluan utama Politik iaitu pengaruh atau pengikut.

Salah satu punca lagi ialah kemampuan dan karisma Dato Seri Najib Tun Razak yang boleh saya anggap versi Tun Mahathir baru Malaysia yang lebih hebat dan mempunyai banyak keistimewaan untuk membawa masuk perlaburan ke dalam negara tetapi DSN tidak utamakan keluarganya dan juga kroni malah membuka persaingan sihat dalam semua bidang dan berjaya menghapuskan sistem ekonomi monopoli kroni yang di asaskan dan di laksanakan oleh Tun Mahathir dahulu contohnya penswastaan yang menguntungkan tetapi ibarat mengisap darah rakyat sendiri. Sistem yang di bina Tun Mahathir menguntungkan kroni dalam jangka masa panjang tetapi akan membawa kesusahan dan penderitaan pada rakyat dan perkara ini terpaksa di tanggung oleh Perdana Menteri yang seterusnya dan inilah yang terpaksa di tanggung oleh Dato Seri Najib Tun Razak Tun Mahathir buat masalah Dato Seri Najib kena tanggung dan busuk tak busuk hati Tun Mahathir apabila menggunakan kesilapan beliau dan kenakan balik Kerajaan Malaysia.

Namun alhamdulillah ALLAH melindungi dan menjaga mereka mereka yang jujur dan di aniaya semakin hari semakin baik dan rakyat mula sedar siapakah dalang sebenar kesusahan dan peningkatan kadar kos sara hidup hari ini adalah berpunca dari sistem yang Tun Mahathir bina suatu masa dahulu yang menyebelahi kroni dan satu sistem isap darah rakyat sampai kering atau dalam bahasa mudahnya ialah kapitalis yang cuba mengawal Malaysia dan mengawal pentadbiran Malaysia dan menjadikan Perdana Menteri hanyalah boneka mereka dan demi keuntungan mereka sahaja.

Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib dan pimpinan BN yang berjaya menyingkirkan semua pertualang dan gunting berkaratini dan kumpulkan mereka dalam satu kandang yang sama.

Akhir sekali saya harap semua rakyat Malaysia sedar dan mengundi BN di PRU 14 nanti.

Sekian terima kasih kepada ALLAH kita berserah.

Esmee Mat Isa
Admin
Gerakan Biru Abata.

Comments

Popular posts from this blog

DEFINASI MELAYU PERKARA 160(2)

ZAIRIL CUMA ANAK TIRI IKHLAS DR GERAKAN ABATA BERANI KERANA BENAR

ZAIRIL HARUS BUKTIKAN SIAPA BELIAU SEBENAR DAN JPN PERLU KELUARKAN KENYATAAN SIAPAKAH SEBENARNYA ZAIRIL